Muaturun Borang Ahli TEFRA

Sila muaturun borang keahlian disini,

Tujuan Penubuhan TEFRA

Menghimpun dan menggabungkan semua usahawan pertanian dan fertigasi di seluruh Malaysia,

Membantu ahli untuk mencari kaedah dan jalan yang terbaik dan memudahkan ahli bagi mendapatkan bekalan peralatan pertanian seperti peralatan fertigasi, baja, supplement dan lain-lain dengan harga yang lebih kempetitif,

Membantu ahli untuk mendapatkan bekalan racun dan kawalan penyakit dan serangga dengan harga yang lebih rendah daripada pembekal yang berdaftar,

Membantu ahli menguruskan kebun pertanian mereka dengan lebih effisyen samada dari segi kos penyelenggaraan mahupun pendapatan hasil pertanian.

Menjadi tempat untuk ahli bernaung, berbincang dan merujuk masalah yang dihadapi dalam sektor pertanian,

Mendapatkan ahli teknologi dan maklumat pertanian.

Membantu ahli memasarkan hasil pertanian dengan lebih sistematik dan terancang disamping merancang untuk mengujudkan Pusat Pemasaran Setempat di setiap negeri di seluruh negara.

Matlamat TEFRA

Menjadikan kebun pertanian yang diusahakan oleh ahli dapat mengeluarkan hasil yang optimun, sekaligus dapat meningkatkan pendapatan setiap ahli.

Membantu ahli untuk mendapatkan harga yang tertinggi dan dapat menstabilkan harga pasaran hasil pertanian.

Meningkatkan pengeluaran hasil pertanian negara sekaligus mengurangkan kebergantungan terhadap pengimportan hasil pertanian dari luar negara.

Melahirkan lebih ramai usahawan di dalam sektor pertanian.

Syarat-syarat Keahlian

Umur : 18 tahun dan ke atas,

Jantina : Lelaki atau perempuan,

Memiliki kebun (atau ladang) pertanian samada milik sendiri, perkongsian, sewaan, pajakan, atau mendapat kebenaran daripada pemilik tanah yang asal samada telah atau sedang atau akan diusahakan dengan tanaman sayur-sayuran seperti cili, terung, timun, melon, kailan, taugeh, jagung dan sebagainya,

Tanaman sayur-sayuran yang diusahakan hendaklah secara fertigasi atau sekurang-kurangnya 25% (dua puluh lima peratus) daripada jumlah keseluruhan tanaman samada dari kebun yang sama atau berlainan lokasi kebun.

Memiliki jumlah tanaman 500 pokok dan ke atas, dan

Telah melakukan transaksi pembelian terkumpul di Romatech Agro tidak kurang RM500.00

Bayaran Masuk : RM20.00

Kelebihan Keahlian TEFRA

Setiap ahli yang telah diluluskan pendaftarannya akan mendapat potongan harga istimewa sebagai Ahli Eklusif Pertanian Romatech Agro (AET), tertakluk kepada jumlah yang akan ditetapkan oleh Romatech Agro.

Mendapat harga yang lebih rendah untuk pembelian racun kawalan penyakit dan serangga. Romatech Agro akan berusaha melantik Pembekal Racun Kawalan Penyakit dan Serangga berdaftar untuk membekalkannya dengan harga yang lebih rendah kepada ahli.

Membantu ahli di dalam memberikan informasi pertanian seperti teknologi pertanian, harga pasaran semasa dan lain-lain lagi.

Jaringan pemasaran secara berkelompok bagi membantu ahli mendapatkan harga pasaran hasil pertanian yang tertinggi.

Khidmat nasihat dan sokongan daripada ahli-ahli TEFRA yang lain.

Kursus dan Latihan Pertanian

Usahawan Fertigasi

Pautan Formula-Pengiraan

Bank Usahawan

Akhbar Antarabangsa

Tuesday, December 22, 2009

Pelancaran Team Fertigasi Romatech Agro


Majlis pelancaran Team Fertigasi Romatech Agro yang berlangsung Sabtu 19hb. Disember 2009 berjalan dengan lancar. Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh mantan Timbalan Ketua Pengarah MARDI, Dr. Ahmad Zamzam Bin Mohamed.

Majlis pelancaran telah dimulakan dengan sessi penerangan dan idea penubuhan TEFRA, diikuti dengan ucapan oleh Dr Ahmad Zamzam sebagai Penasihat TEFRA dan diakhiri dengan penyampaian Kad Keahlian TEFRA kepada usahawan yang telah mendaftarkan diri di dalam perjumpaan pertama TEFRA pada 5hb. Disember 2009 yang lalu.

Info TEFRA
Penasihat : Dr Ahmad Zamzam Bin Mohamed
Penyelaras : Romatech Agro
Tarikh Penubuhan : 19hb. Disember 2009

Di dalam ucapannya, Dr Ahmad Zamzam telah banyak memberikan dorongan dan semangat kepada ahli-ahli TEFRA agar bersatupadu bagi memastikan kejayaan akan dapat diperolehi di dalam pertanian ini. Disamping itu juga, beliau bersedia untuk membantu ahli-ahli TEFRA terutamanya di dalam input pertanian bagi memastikan agenda penubuhan TEFRA akan dapat direalisasikan untuk kebaikan semua ahli-ahli yang bernaung di bawahnya.

Ucapan ribuan terima kasih kepada Penasihat TEFRA, Dr Ahmad Zamzam yang telah sudi meluangkan masa sehingga jam 4:30 petang untuk melayani pertanyaan daripada ahli-ahli TEFRA tentang pertanian ini.

Disamping itu juga, TEFRA menerima pendaftaran beberapa orang ahli baru pada hari yang sama. Namun begitu, bagi usahawan yang tidak berkesempatan menghadirinya masih boleh mendaftarkan diri pada hari yang lain selagi pendaftaran masih dibuka. Sila hubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang keahlian dan keistimewaan yang bakal diperolehi.

Blog TEFRA boleh dilayari sini . Namun begitu, ianya masih diperingkat awal pembikinannya dan akan disempurnakan sedikit masa lagi. Apabila telah sempurna nanti, ianya hanya boleh dilayari oleh ahli-ahli yang berdaftar sahaja.

Romatech Agro selaku penyelaras TEFRA beriltizam untuk menjadikan TEFRA sebagai jambatan bagi semua ahli-ahlinya untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.


Majlis Pelancaran TEFRA









Jualan Ulang Tahun Pertama